29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Sistem kewangan serantau diperlukan tangani ekonomi global – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan terhadap sistem kewangan serantau bagi menangani ketidaktentuan ekonomi global dan risiko kewangan.

Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) Ke-26 di Jakarta, Indonesia, beliau berkata, dengan mengambil serius perkara tersebut, ia seterusnya dapat memperkukuh rangkaian keselamatan dan kemandirian ekonomi rantau Asia Tenggara.

“Apakala semasa Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) ke-26, saya menegaskan keperluan terhadap sistem kewangan serantau bagi menangani ketidaktentuan ekonomi global dan risiko kewangan seterusnya memperkukuh rangkaian keselamatan dan kemandirian ekonomi rantau Asia Tenggara.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut menzahirkan kebimbangan berkaitan isu keselamatan makanan.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada peningkatan kerjasama dalam bidang pertanian pintar, dengan tumpuan terutamanya kepada petani-petani kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar maklumkan pada hadirin akan kepentingan Amerika Syarikat sebagai rakan strategik kepada ASEAN.

Sidang Kemuncak ASEAN +3 Ke-26 di Jakarta, Indonesia.

“Justeru, saya turut menggalakkan kerjasama ASEAN-AS dalam pendigitalan, tenaga dan hubungan rakyat dengan rakyat.

Advertisements

“Arkian, saya berharap kerjasama ekonomi yang lebih mendalam melalui Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA) dan Expanded Economic Engagement (E3).

“Malah, saya turut maklumkan gesaan Malaysia agar kerjasama dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui, aset biodiversiti, dan aplikasi teknologi pertanian.

“Mesyuarat juga telah memperakukan Pernyataan Pemimpin ASEAN Campur Tiga mengenai Pembangunan Ekosistem Kenderaan Elektrik,”katanya.

Mesyuarat itu dihadiri Perdana Menteri China Li Qiang, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan dipimpin Presiden Indonesia Joko Widodo.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 yang berakhir esok.

Ia sidang kemuncak pertama beliau dengan rakan dialog ASEAN, iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan