Wednesday, July 22, 2026

Pegawai kanan, dua anggota polis ditahan SPRM – KPN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan dan dua anggota polis di Muar, Johor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor.

“Saya sahkan penahanan mereka namun perincian penuh boleh dapatkan daripada Ketua Polis Negeri Johor (Datuk Kamarul Zaman Mamat),” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman menerusi kenyataan hari ini mengesahkan tangkapan yang dilakukan SPRM tersebut.

“Polis Kontinjen Johor mengesahkan tangkapan yang dibuat SPRM pada 29 Ogos melibatkan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis.

“Siasatan selari oleh Jabatan Pematuhan Standard (JIPS) bersama pihak SPRM sedang dijalankan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan selari seperti biasa berhubung tangkapan oleh SPRM itu. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan