31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

22 jalan ditutup sementara sempena Hari Kebangsaan – Polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 22 jalan menghala ke lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya akan ditutup sementara bagi menjamin kelancaran acara sambutan pada 31 Ogos ini.

Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran dan Belanjawan) Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Rizal Abd Rahman Sidek berkata penutupan jalan itu akan bermula dari pukul 5 pagi hingga 11 pagi.

Antara laluan terlibat ialah Persiaran Perdana dari Dataran Putra, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Lebuh Saujana menghala ke Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan dari arah Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Pemodenan,” katanya dalam program temu bual di stesen radio Selangor. FM hari ini.

Advertisements

Rizal berkata, untuk senarai penuh jalan yang ditutup, orang ramai boleh melayari Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Beliau berkata, bagi memudahkan pergerakan orang ramai, penganjur menyediakan dua bas perantara di Terminal Putrajaya Sentral dan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan