27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kesesakan rumah kongsi, pusat tahanan sumbang penularan Covid-19

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebilangan rumah kongsi pekerja asing didiami sehingga 40 orang dan keadaan itu menyumbang kepada jangkitan dan penularan Covid-19 dengan cepat.

Perdana Menteri berkata, keadaan yang sama turut berlaku di pusat-pusat tahanan terutama di Sabah yang terpaksa menampung jumlah kemasukan pekerja asing tanpa izin (PATI) yang sangat ramai.

Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat MKN hari ini. – Sumber FB Muhyiddin Yassin

Menurutnya, kes penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing dan pekerja PATI di tempat tinggal atau depoh tahanan sementara yang semakin meningkat diberikan perhatian khusus semasa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang beliau pengerusikan hari ini.

“Saya mengambil maklum antara punca jangkitan atau penularan dalam kalangan pekerja asing dan PATI adalah disebabkan oleh kesesakan di dalam tempatan tinggal atau rumah kongsi serta depoh tahanan sementara.

Advertisements

“Saya berpandangan Kementerian Sumber Manusia perlu memaklumkan majikan terlibat dan menekankan tentang pentingnya penjagaan status kesihatan pekerja masing-masing selain pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.

Muhyiddin dalam pada itu berkata, berhubung kos ujian calitan (swab) bagi pekerja asing yang perlu ditanggung majikan, beliau telah mengarahkan supaya perkara berkenaan segera dibincangkan dengan terperinci dan dibentangkan oleh agensi-agensi terlibat pada sidang MKN akan datang.

Selain itu Muhyiddin turut membangkitkan persoalan mengenai SOP berhubung jumlah penumpang yang dibenarkan berada di dalam kenderaan pada satu-satu masa.

“Saya berpandangan jumlahnya tidak boleh berbeza-beza, perlu ada satu ketetapan yang selaras antara jumlah di dalam kenderaan persendirian dan kenderaan e-hailing,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan