CALON Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir terlibat dalam kemalangan jalan raya di awal pagi tadi.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 3.25 pagi tadi di Jalan Pasir Besar-Palong, Negeri Sembilan.
“Dapat berita pagi ini sahabat saya yang juga calon BN Dun Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Pasir Besar-Palong dalam pukul 3.25 pagi tadi.
“Pemandu agak kritikal. Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Difahamkan Mohd. Zaidy hanya mengalami cedera ringin dalam kejadian tersebut.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan 12 Ogos ini, Mohd. Zaidy berdepan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), S. Surash. – Edisi 9

