33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Felda bakal bina lima pusat hemodialisis tahun ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK lima pusat hemodialisis baharu akan dibina Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di lima negeri pada tahun ini.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi bangunan baharu sementara RM1 juta akan dibelanjakan bagi menaik taraf bangunan lama.

Katanya, pembinaan tersebut melibatkan Felda Kertih 5, Terengganu; Felda Kelana Jaya, Selangor; Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan; Felda Chiku 3, Kelantan dan Felda Wilayah Johor Bahru.

“Semua tapak kita dah kenal pasti. Kita tengok mana kelulusan yang lebih mudah dari segi sijil menduduki bangunan (CF) oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan semua aspek lain.

“Untuk pembinaan (pusat hemodialisis) baharu enam hingga lapan bulan dah boleh siap, tetapi kita akan cuba dapatkan bangunan yang sedia ada supaya lebih mudah,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada program Kesejahteraan Komuniti Malaysia Madani Sempena Hari Peneroka Felda Wilayah Terengganu di Felda Kertih 5 di Dungun hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sambutan Hari Peneroka Felda 2023 lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM21 juta bagi pembinaan 12 pusat hemodialisis di seluruh wilayah Felda.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, pembinaan lima pusat hemodialisis tersebut merupakan fasa pertama projek dengan projek kedua kelak akan melibatkan pembinaan tujuh lagi di negeri lain.

“Setiap pusat dialisis ini akan dilengkapi sebanyak enam mesin yang dijangka mampu menampung kira-kira 36 pesakit pada satu-satu masa,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Shabery turut menyerahkan sebuah van jenazah untuk penggunaan warga Felda Kerteh 5 dan 6 bagi menggantikan van sedia ada yang sudah uzur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan