25.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Saifuddin nafi rayu Hamzah batalkan pemilihan PKR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa di pernah merayu supaya membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022.

Sebaliknya, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, surat yang diberikan beliau adalah surat tunjuk sebab kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana aduan daripada ahli.

Katanya, beliau merupakan Setiausaha Agung PKR diberikan tempoh dua minggu oleh RoS bagi mengelakkan pendaftaran PKR daripada terbatal.

“Jadi kita senaraikan satu persatu perkara yang disebutkan dalam surat ROS kepada parti.

“Kalau nak dikatakan kerana saya kalah kepada Rafizi (Ramli) kemudian nak minta parti batal, saya tidak payah jawab surat itu. Tak jawab surat tu batallah PKR. Semudah itu nak batalkan parti ketika itu.

Advertisements

“Maknanya parti beri tanggungjawab saya tidak buat. ROS bagi tempoh dalam masa dua minggu tak jawab, batallah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Sambutan Hari Imigresen 2023 di Dataran Pahlawan, Putrajaya hari ini.

Saifuddin menjawab dakwaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa beliau pernah merayu kepada untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi.

Hamzah turut menunjukkan surat berkenaan kepada hadirin pada Ceramah Munajat Perdana di Sik, Kedah malam tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan