27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Bayi perempuan cukup sifat ditemui di kedai jual ayam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi perempuan yang cukup sifat ditemui di atas lantai kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Air Putih, Chukai, Kemaman awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai pemilik kedai berkenaan kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Katanya bayi yang dianggarkan seberat 3.2 kilogram itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“Kita sudah maklumkan kepada semua klinik kesihatan awam dan swasta jika ada menerima pesakit yang baru melahirkan bayi untuk memaklumkan perkara berkenaan,”katanya memetik laporan BH Online.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. –

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan