Monday, July 20, 2026

Kerajaan tidak keberatan pengeluaran KWSP secara bulanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak keberatan dengan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjadikan pilihan pengeluaran pencarum secara berkala atau bulanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara dasarnya kerajaan bersetuju cadangan terbabit.

“Ketika ini (cadangan pengeluaran mandatori) itu masih di peringkat akhir. Saya tiada keberatan (dengan cadangan tersebut),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan versi baharu aplikasi i-Akaun KWSP pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-10 2023 (ISWC 2023) di ibu negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu diteliti dengan mengambil kira beberapa kekangan termasuk jumlah simpanan semasa pencarum KWSP.

“(Ketua Pegawai Eksekutif KWSP) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kata ada beberapa kekangan terutama dalam kalangan ahli yang jumlahnya (simpanan) sikit,” katanya.

Sebelum ini Amir Hamzah memaklumkan, KWSP sedang mempertimbang untuk menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baharu.

Ketika ini, pengeluaran secara berkala atau bulanan itu dilakukan secara sukarela. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan