28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. 

Turut sama menzahirkan ucapan adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara berkata, Seri Paduka berdoa agar segala pengorbanan rakyat negara ini dalam menjaga keharmonian serta kesejahteraan negara akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah.

“Seri Paduka turut berdoa semoga jemaah haji Malaysia memperolehi haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air tercinta,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Istana Negara berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dengan keizinan Allah telah berangkat untuk berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah semalam.

Katanya, turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka-paduka anakanda Seri Paduka.

“Seri Paduka berdua akan seterusnya menyempurnakan tawaf dan saie haji di Masjidil Haram pada hari ini bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.

“Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 2 Julai ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan