Wednesday, July 22, 2026

Struktur utama Wisma ELM disahkan kekal utuh

“Laporan penilaian yang diterima mengesahkan bahawa struktur utama bangunan adalah utuh dan stabil tanpa sebarang isu melibatkan integriti keseluruhan bangunan - AmanahRaya REIT

Mesti Baca

AMANAHRAYA-KENEDIX REIT Manager Sdn Bhd, selaku pengurus AmanahRaya REIT mengesahkan Wisma ELM kekal utuh dan stabil susulan penilaian menyeluruh yang dijalankan oleh jurutera bebas berikutan insiden pada 12 Januari lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, firma perunding kejuruteraan bertauliah telah dilantik untuk melaksanakan penilaian teknikal secara objektif, merangkumi struktur utama bangunan serta sistem premis yang terlibat.

“Laporan penilaian yang diterima mengesahkan bahawa struktur utama bangunan adalah utuh dan stabil tanpa sebarang isu melibatkan integriti keseluruhan bangunan,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan berkenaan, tiada risiko struktur sistemik dikenal pasti dan bangunan berkenaan kekal selamat dari sudut struktur, tertakluk kepada pelaksanaan kerja-kerja pembetulan serta pemeriksaan sistem yang sedang dijalankan sehingga selesai.

Hasil penilaian lanjut mendapati impak kejadian hanya tertumpu kepada kawasan tertentu dan sistem mekanikal tertentu, tanpa menjejaskan keseluruhan struktur bangunan.

Sepanjang proses kajian, AmanahRaya REIT memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan penyewa utama, Universiti HELP pengurus hartanah yang dilantik iaitu Knight Frank Sdn Bhd. serta pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan semua pemeriksaan keselamatan dilaksanakan mengikut piawaian kejuruteraan profesional.

“Kawasan yang dikenal pasti memerlukan kerja pembaikan atau langkah kawalan keselamatan tambahan sedang ditangani secara berperingkat sebelum sebarang keputusan berhubung penyambungan semula operasi dibuat,” jelas kenyataan itu.

Menurut pengurusan AmanahRaya REIT, pelantikan firma kejuruteraan bebas dibuat sebagai langkah proaktif bagi memastikan penilaian yang dijalankan adalah menyeluruh dan telus.

“Laporan ini memberikan jaminan terhadap integriti struktur bangunan dan kami akan terus bertindak secara telus serta teratur selaras dengan perkembangan siasatan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, keselamatan kekal menjadi keutamaan dan kerjasama penuh akan terus diberikan kepada pihak berkuasa. Pihak pengurusan turut menzahirkan ingatan dan simpati kepada semua pihak yang terjejas akibat kejadian tersebut. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan