Tuesday, July 21, 2026

Salah guna jawatan: Exco Terengganu ditahan SPRM

Suspek lelaki berusia 60-an ditahan pukul 11.15 pagi ini ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman. 

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang Exco  Kerajaan Negeri kerana disyaki salah guna kedudukan dengan mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri. 

Berita Harian yang memetik sumber melaporkan, suspek lelaki berusia 60-an ditahan pukul 11.15 pagi ini ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman. 

Katanya, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2018 dan 2020. 

“Suspek dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai EXCO dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di dua buah anak syarikat kerajaan negeri,” lapor media tersebut.

Penahanan Exco tersebut disahkan oleh Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. 

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan