Tuesday, July 21, 2026

Anwar bertemu Mesut Ozil, pelawa datang ke Malaysia

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bekas bintang bola sepak Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil di Istanbul, Turkiye hari ini.

Ozil yang kini bergiat aktif dalam bidang politik bersama AK Party Turkiye di samping terus komited dalam pelbagai program kemanusiaan.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu, beliau berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara, termasuk melibatkan kepentingan umat Islam dan situasi kemanusiaan di Gaza.

“Sebagai selingan santai, perbualan kami turut menyentuh kisah cucu saya yang merupakan penyokong tegar The Gunners, satu perkara yang mengundang senyuman beliau,” kata Anwar yang merupakan peminat kelab bola sepak Manchester United menerusi hantaran dalam media sosialnya.

Dalam kesempatan itu, Anwar telah menjemput Ozil untuk datang ke Malaysia, khususnya untuk berkongsi pengalaman terkait bola sepak, kepimpinan, nilai kemanusiaan serta peranan anak muda dalam memperjuangkan keadilan dan solidariti sejagat. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan