Monday, July 13, 2026

Kabinet: Anak Speaker dilantik menteri, Zaliha antara yang gugur

Anak kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul itu menggantikan Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

AHLI Parlimen Sungai Petani yang juga anak kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Dr Mohammed Taufiq menerima kejutan besar apabila diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Dr Mohammed Taufiq, 29, menggantikan Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengambil kedudukan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang digugurkan.

Beliau merupakan muka baharu yang dilantik sebagai menteri manakala enam timbalan menteri pula diangkat sebagai menteri penuh.

Ketika mengumumkan rombakan Kabinet hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Menteri Ekonomi yang baharu.

Akmal Nasrullah yang sebelum ini adalah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengisi kekosongan portfolio itu selepas peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli sebelum ini.

Selain Zaliha, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut digugurkan dan diganti oleh Timbalannya, Dr Zulkifli Hassan. Tempat Zulkifli pula diisi oleh pendakwah bebas, Marhamah Rosli.

Turut digugurkan, Timbalan Menteri Perpaduan, K. Saraswathy yang kedudukannya diganti oleh R. Yuneswaran.

Selain Zulkifli, turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Abdullah sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Berikut senarai menteri dan timbalan menteri yang bertukar portfolio, timbalan menteri yang dinaikkan ke menteri penuh serta pelantikan baharu.

MENTERI BERTUKAR PORTFOLIO:
  1. Hannah Yeoh – Menteri Belia dan Sukan > Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
  2. Datuk Seri Johari Abdul Ghani – Menteri Perladangan dan Komoditi > Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
  3. Steven Sim – Menteri Sumber Manusia > Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
TIMBALAN MENTERI SEBAGAI MENTERI PENUH:
  1. Datuk Seri Noraini Ahmad – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat > Menteri Perladangan dan Komoditi
  2. Datuk Seri R. Ramanan – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi > Menteri Sumber Manusia
  3. Datuk Arthur Joseph Kurup – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan > Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
  4. Dr Abdullah Hassan – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) > Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  5. Akmal Nasrullah Mohd Nasir – Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air > Menteri Ekonomi
  6. Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi > Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah & Sarawak)
TIMBALAN MENTERI BERTUKAR PORTFOLIO:
  1. Datuk Mohamad Alamin – Timbalan Menteri Luar > Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  2. Datuk Hanifah Hajar Taib – Timbalan Menteri Ekonomi > Timbalan Menteri Kesihatan
  3. Liew Chin Tong – Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri > Timbalan Menteri Kewangan
  4. Lim Hui Yin – Timbalan Menteri Kewangan > Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  5. Huang Tiong Sii – Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam > Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
  6. Khairul Firdaus Akhbar Khan – Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya > Timbalan Menteri Sumber Manusia
  7. Datuk Lukanisman Awang Sauni – Timbalan Menteri Kesihatan > Timbalan Menteri Luar
  8. Adam Adli Abd Halim – Timbalan Menteri Belia dan Sukan > Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
  9. Chan Foong Hin – Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi > Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  10. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad – Timbalan Menteri Sumber Manusia > Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI GUGUR:
  1. Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
  2. Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  3. K. Saraswathy – Timbalan Menteri Perpaduan Negara
MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI BAHARU:
  1. Dr Mohammed Taufiq Johari – Menteri Belia dan Sukan
  2. Datuk Lo Su Fui – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
  3. Marhamah Rosli – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  4. Morid Bimol – Timbalan Menteri Belia dan Sukan
  5. Syed Ibrahim Syed Noh – Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
  6. R. Yuneswaran – Timbalan Menteri Perpaduan Negara
  7. Datuk Mohd Sahar Abdullah – Timbalan Menteri Ekonomi
  8. Sim Tze Tzin – Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
  9. Chiew Choon Man – Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya — Edisi 9

Terkini

Yes Travel bawa murid timba pengalaman di luar bilik darjah

SERAMAI 95 murid daripada Yayasan Dignity for Children Foundation (Dignity) berpeluang menimba pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah menerusi...

Lagi Artikel Berkaitan