KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan wajar berhubung penggunaan bendera Jalur Gemilang tanpa lambang bulan sabit pada Pameran Bayi Midvalley, Kuala Lumpur.
Gesaan dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai, Amelia Zainabila Zaiffri hari ini.
Beliau yang mewakili Gabungan Kerajaan Perpaduan Lembah Pantai berkata, penganjur acara yang tidak diketahui jelas melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta 414.
Katanya, akta tersebut melarang penggunaan atau paparan lambang yang ditetapkan tanpa kebenaran bertulis daripada menteri.
“Selain itu, tindakan ini juga melanggar Seksyen 3 Akta 193 yang mengawal paparan lambang kebangsaan,” katanya.

Sebelum itu, beliau membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Balai Polis Brickfield, Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, tular di media sosial paparan bendera Malaysia di belakang pentas rerurai Singapore Lactation Bakes dalam TCE Baby Expo didakwa tiada simbol bulan sabit sehingga mencetuskan kritikan orang ramai.
Reka bentuk pada skrin belakang pentas hanya memaparkan 14 jalur dan bintang 14 pecah tanpa bulan sabit.
Ekoran itu, TCE Baby Expo membuat permohonan maaf dan mengakui ia merupakan isu sensitif yang menyinggung rakyat Malaysia.
Amelia Zainabila berkata, tindakan pengajur adalah bertentangan dengan peruntukan di bawah Akta 414, Akta Lambang dan Namma (Pencegahan Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Akta 193, Akta Kawalan Paparan Lambang Kebangsaan 1949.
“Kami memohon pihak polis untuk menyiasat kejadian ini dan mengambil indakan yung sewajainya tarhacap lodhidts yang terlibat mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya. – Edisi 9

