30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

BN tempelak golongan oportunis tangguk di air keruh isu Najib

Mesti Baca

BARISAN Nasional menempelak golongan oportunis yang cuba menangguk di air keruh dalam isu Datuk Seri Najib Razak. 

Malahan, parti itu menganggap ia langkah tidak bermoral kerana menggunakan kesengsaraan bekas Perdana Menteri yang pernah dihina dan difitnah di pentas propaganda politik mereka sendiri.

“… dan kini mereka mahu menggunakan peluang untuk membina momentum bagi mencapai matlamat politik mereka,” kata kenyataan Ibu Pejabat BN hari ini.

BN berkata, pihaknya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif Baginda menurut Perkara 42(1) dan (2) untuk memberi ampun, tunda hukum, dan lega hukum bagi apa jua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Justeru, katanya, BN akur dengan titah saran agar semua pihak menghormati kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan bagi mengemukakan proses permohonan rayuan terhadap Najib.

Advertisements

“Menjadi tradisi BN, apa jua kemusykilan yang dihadapi oleh seseorang pemimpin parti dan negara, termasuklah Datuk Seri Mohd Najib, tetap tidak meleraikan hormat terhadap jasa dan pengorbanannya serta sumbangan yang besar. 

“Maka BN tetap konsisten agar proses keadilan dan perundangan terhadap Datuk Seri Mohd Najib dilaksanakan dengan setulusnya,” kata BN.

Mengenai perhimpunan solidariti Najib pagi esok, BN sepakat untuk tidak mengadakan perhimpunan tersebut yang dicadang diadakan di Istana Kehakiman Putrajaya itu.

“BN menghargai segala usaha solat hajat, doa serta munajat yang dilakukan oleh seluruh komponen untuk Datuk Seri Mohd Najib.

“BN berdiri teguh bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengemudi BN dalam menghadapi keadaan ini demi memelihara prinsip ketaatan kepada institusi raja, kestabilan negara, dan perpaduan rakyat serta keteguhan parti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan