33.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024

Petra pelawa industri, entiti berkelayakan sertai NEA 2025

Mesti Baca

PARA pemain industri serta entiti yang berkelayakan dipelawa untuk menyertai Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2025 yang penyertaannya dibuka mulai esok sehingga 19 Februari depan.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, penganjuran NEA kali kelima itu bertujuan mengiktiraf usaha dan amalan terbaik industri tenaga lestari tempatan dalam mengaplikasi teknologi tenaga boleh baharu (TBB) dan penerapan amalan kecekapan tenaga.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, NEA telah berjaya menarik penyertaan 1,147 pemain industri dan entiti yang berkelayakan dengan 169 pemenang NEA telah dipilih untuk mewakili negara di dalam ASEAN Energy Awards (AEA),” kata Petra dalamn kenyataan hari ini.

Petra berkata, bersempena kepengerusian Malaysia untuk ASEAN, pihaknya berhasrat meneruskan keunggulan wakil negara di dalam Majlis Penyampaian Anugerah AEA Tahun 2025 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, pemain industri dan entiti yang berkelayakan yang telah melaksanakan dan mengaplikasi teknologi TBB atau amalan kecekapan tenaga, adalah dijemput untuk mengemukakan penyertaan untuk
NEA Tahun 2025 berdasarkan empat kategori khusus.

Advertisements

Kategori itu ialah Pengurusan Tenaga (Energy Management), Bangunan Cekap Tenaga (Energy Efficient Building), Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) dan Anugerah Khas.

“Petra yakin NEA akan menyediakan peluang dan platform terbaik untuk
perkongsian amalan dan pelaksanaan terbaik dalam bidang TBB dan kecekapan tenaga.

“Selain membuktikan keupayaan industri tempatan untuk menampilkan idea dan penyelesaian inovatif dalam mengoptimumkan pembekalan serta menggalakkan penggunaan tenaga lestari.

Maklumat lanjut mengenai NEA 2025 boleh dilayari di laman sesawang
https://www.nationalenergyawards.com.my. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Banjir: PMC utamakan kesihatan pesakit sedia ada, kakitangan

PUTRA Medical Centre (PMC) Alor Setar, Kedah memperkukuh komitmen terhadap servis komuniti dengan memberi keutamaan kepada pesakit dalaman dan...

Lagi Artikel Berkaitan