24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 16, 2025

Kanak-kanak GISBH akan dikembalikan kepada ibu bapa

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

KANAK-KANAK rumah amal yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) akan dikembalikan kepada ibu bapa, penjaga atau waris masing-masing:

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri  hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, langkah itu dilaksanakan setelah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati mereka tidak diabai, didera atau tidak memerlukan pemeiharaan bagi mereka yang mempunyai ibu bapa, penjaga atau waris.

Menurutnya, ia berdasarkan perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah subseksyen 30(12) Akta Kanak-Kanak yang dibuat setelah mempertimbangkan Laporan Pelindung.

“Namun sekiranya hasil siasatan mendapati bahawa kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan seperti dalam perenggan 17(1)(a) sehingga (k); kecuali perenggan 17(1)(e), maka permohonan akan dibuat untuk meletakkan kanak-kanak di bawah pemeliharaan dan penjagaan JKM di

bawah perenggan 30(1)(d) atau OYLS (Orang Yang Layak dan Sesuai) di bawah perenggan 30(1)(b) Akta Kanak-Kanak,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata pada sesi penerangan menteri berkaitan isu kebajikan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Ops Global membabitkan GISBH di Dewan Rakyat hari ini.

Nancy berkata, bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu, bapa atau penjaga, atau ibu, bapa atau penjaga gagal dikesan, mereka akan ditempatkan di tempat selamat atau OYLS berdasarkan perintah mahkamah.

Beliau berkata, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak juga boleh mengenakan syarat atau arahan yang difikirkan sesuai bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak termasuk ibu bapa atau penjaga mengikut peruntukan subseksyen 30(8).

Nancy berkata, sehingga semalam, seramai 560 kanak-kanak, iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan kini sedang ditempatkan di tempat-tempat selamat mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, kanak-kanak yang telah diselamatkan dalam operasi tersebut serta yang pada masa ini telah dikeluarkan perintah jagaan sementara oleh Mahkamah, telah dan sedang diberi perlindungan dan penjagaan sewajarnya oleh JKM.

“Walaupun berdepan dengan cabaran besar, terutamanya untuk menyediakan tempat dan jagaan kepada bilangan kanak-kanak yang sangat ramai dalam masa yang singkat ini, JKM telah berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh profesional, selaras dengan keperluan dan hak kanak-kanak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Era baharu hubungan Turkiye-Malaysia di bawah Anwar-Erdogan

PROF DATO SERI IR DR NOOR AZUAN ABU OSMAN LAWATAN Negara Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia memperkukuh perkongsian...

Lagi Artikel Berkaitan