27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024

PRK Mahkota: Usah leka dengan kemenangan di Nenggiri

Mesti Baca

SELURUH jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak leka dengan kemenangan di Nenggiri sehingga menjejaskan peluang parti itu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 28 September ini.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau tidak mahu melihat apa yang berlaku di PRK Sungai Bakap yang menjadi salah satu kekalahan, akibat kelekaan selepas menang di Kuala Kubu Baharu berulang.

Beliau berkata, walaupun UMNO yakin momentum kemenangan di PRK Nenggiri dan Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) yang akan dibawa ke Mahkota, namun cabarannya sangat besar.

“Harus diingat bahawa Nenggiri sangat jauh berbeza dengan Mahkota. Dari segi jumlah pengundi dan peratusan kaum.

“Kalau di Nenggiri, hampir 99 peratus adalah pengundi Melayu tetapi di Mahkota, ini adalah kawasan campuran dengan jumlah pengundi lebih 66,000,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Pengarah PRK Mahkota bagi BN berkata, pihaknya akan memastikan strategi yang tepat di Mahkota termasuk pemilihan calon yang tepat, sebagaimana di Nenggiri.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Pengarah PRK Mahkota berkata, UMNO Johor telah membuat persiapan awal bagi menggerakkan seluruh jentera parti di Mahkota.

Beliau berkata, kekuatan jentera UMNO negeri yang mempunyai 26 bahagian akan digerakkan ke DUN Mahkota sebaik selesai PAU dan akan dibantu oleh bahagian-bahagian negeri lain sepanjang kempen berlangsung.

Kerusi DUN Mahkota dalam Parlimen Kluang itu kosong berikutan kematian penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Allahyarham memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022 dengan majoriti 5,166 undi, menewaskan lawannya dalam perebutan empat penjuru.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September ini sebagai hari pengundian, 14 September hari penamaan calon dan 24 September hari mengundi awal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong titah siasatan segera, menyeluruh isu rumah amal GISBH

YANG di-Pertuan Agong,  Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta...

Lagi Artikel Berkaitan