30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Piala Sumbangsih: JDT diberi kemenangan percuma

Mesti Baca

JOHOR Darul Ta’azim (JDT) bakal diberi kemenangan percuma 3-0 perlawanan pertama Liga Malaysia, sekali gus menjulang Piala Sultan Ahmad Shah tanpa menguras keringat.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan keputusan rasmi Selangor FC (SFC) untuk tidak hadir bagi perlawanan tersebut yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Johor Bahru malam esok.

MFL berkata, dengan keputusan itu, perlawanan Piala Sumbangsih tersebut terpaksa dibatalkan dan JDT diberikan tiga mata penuh.

“Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya,” kata kenyataan badan pengurusan Liga Malaysia itu hari ini.

Advertisements

Semalam, SFC mengumumkan untuk tidak hadir bagi aksi pertama liga menentang JDT dan merebut Piala Sultan Ahmad Shah itu selepas MFL menolak permohonan mereka agar menangguhkan perlawanan Piala Sumbangsih tersebut.

Ini berikutan pasukan itu masih terkesan dengan insiden pemain tonggaknya, Faisal Halim yang disimbah asid selain pengurusannya menerima ugutan menjelang sepak mula Liga Malaysia.

Keputusan SFC itu turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku penaung kelab tersebut.

Ini kerana, titah baginda, isu keselamatan dan nyawa para pemain adalah lebih penting daripada sebuah piala. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presiden Iran dikhuatiri maut, helikopter dinaiki terhempas

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri terkorbN dalam nahas helikopter yang berlaku di barat laut negara itu. Memetik laporan Reuters, helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan