27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

Mesti Baca

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pembinaan kasino di Forest City serta melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai benteng kritikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain yang mengesahkan tahanan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu berbata, dia direman selama dua hari bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selepas mendapat kebenaran Mahkamah Majistrest Kuala Lumpur.

Beliau berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Bukit Aman.

Katanya, Chegu Bard akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan kebencian atau membangkitjan perasaan turak setia terhadap mana-mana raja.

Selain itu, dia juga ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan

“Kes dalam siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Advertisements

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shuhaily menggesa orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Chegu Bard menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hab kewangan yang akan dibina di Forest City.

Dia turut ‘berterima kasih’ kepada agensi berita Business Times Singapore dan Bloomberg kerana melaporkan berita berkenaan kepada umum.

Bagaimanapun Khamis lalu, Anwar menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah kasino berlesen di Forest City dengan menyatakan bahawa laporan media itu adalah tidak betul.

Anwar menegaskan, pihak dikaitkan dalam laporan yang mendakwa kerajaan merancang mengeluarkan lesen pengoperasian kasino itu perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi berita itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan