29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Suami isteri bekal senjata, pemandu kepada warga Israel dicekup

Mesti Baca

POLIS menahan pasangan suami isteri warga tempatan disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada pukul 7.15 malam tadi.

Sebaik ditahan, polis membawa suspek ke kediaman mereka, juga di Kuala Selangor, sebelum menemui sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz milik mereka.

Berita Harian yang memetik sumber berkata, suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki warga Israel yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis.

Difahamkan pasangan terbabit akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Advertisements

Terdahulu polis turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang, yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu.

Pada masa ini polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama lelaki warga Israel terbabit memasuki negara ini selain tujuannya memiliki enam pistol dan 200 butir peluru.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pada sidang media mendedahkan penahanan suspek warga Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.

Beliau dilaporkan berkata, hasil soal siasat, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan