27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ismail Sabri tuntut penjelasan isu tukar tempat tahanan Najib

Mesti Baca

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menuntut penjelasan daripada menteri berkaitan sama ada benar atau tidak adanya lampiran dalam petisyen permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak untuk bertukar tempat tahanan.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, ini kerana beliau difahamkan terdapat lampiran yang memohon ditukar tempatan tahanan Najib daripada Penjara Kajang ke tahanan di rumah.

“Saya difahamkan perkara ini ada sebagai lampiran di dalam petisyen permohonan atau pun rayuan.

“Jadi soalan saya apakah ini benar atau tidak, dan kalau ianya benar, apakah ianya dibincangkan sewaktu pembentang rayuan pengampunan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan secara prinsip bersetuju memulakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sedang meneliti inisiatif itu dari sudut peruntukan berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.

Advertisements

Namun pada keesokan harinya, Saifuddin berkata, PBSL menerusi tahanan di rumah kepada banduan tiada kena mengena dengan usaha untuk membebaskan Najib.

Katanya, cadangan itu merupakan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kesesakan di 43 penjara seluruh negara.

Najib, 70, yang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International, telah memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.

Rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 2021 dan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 yang menyaksikan pengampunan diraja adalah satu-satunya harapan beliau untuk membebaskan diri.

Pada 2 Februari lalu, mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lembaga tersebut mengesahkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke enam tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan