31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

BN tidak bertanding di Kuala Kubu Baru – Zahid

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baru, sebaliknya memberi ruang kepada parti lain di bawah Pakatan Harapan (PH) untuk menyertainya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah dipersetujui di dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, petang tadi.

“Kita mengetahui bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baru di Selangor telah meninggal dunia.

“Walaupun jumlah pengundi di kawasan tersebut telah meningkat dengan jumlah pengundi Melayu mencapai 50 peratus, demi menghormati kerajaan Madani, rakan-rakan UMNO perlu hormat kerusi tersebut dimiliki oleh Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisements

Hadir sama Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib-naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Zahid berkata, walaupun tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan tersebut masih belum ditentukan, UMNO akan terus menggerakkan jenteranya untuk membantu calon berkenaan.

“Dengan rasa saling hormat-menghormati, kita dapat menjalin hubungan supaya kerajaan Madani yang sama-sama kita dukung ini kekal mantap dan kukuh,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia dipercayai akibat penyakit kanser, semalam.

Kee Hiong yang mewakili PH/DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu menang dengan majoriti 4,119 undi dalam pertandingan empat penjuru. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan