27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Tony Fernandes terima ucapan daripada Agong, Permaisuri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes.

Ini berikutan kejayaan tokoh korporat itu dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia Pasifik pada majlis Anugerah Aviation 100 Asia Pasifik 2023 oleh Airline Economics di Singapura, baru-baru ini.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut laman Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga serta menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan kepada Tony Fernandes sebagai antara individu dan rakyat Malaysia berprestasi tinggi dalam industri penerbangan di rantau Asia Pasifik, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Titah Seri Paduka Baginda, pengiktirafan itu juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

Advertisements

“Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Tan Sri Tony Fernandes dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,”menurut Istana Negara.

Tinjauan pendapat “Aviation 100” ialah proses yang komprehensif dan menyeluruh sepanjang tahun yang terdiri daripada undian khusus serantau dan terkenal dengan kredibilitinya dalam mengenal pasti tokoh paling luar biasa dalam kewangan, pajakan dan undang-undang, bersama-sama dengan eksekutif tertinggi daripada syarikat penerbangan terkemuka.

Majlis anugerah itu diadakan di luar persidangan Airline Economics Growth Frontiers Asia Pacific yang dihadiri kira-kira 700 profesional penerbangan.

Diundi oleh pakar industri, termasuk syarikat penerbangan, pemberi pajak, bank, firma guaman dan pihak berkepentingan utama yang lain, tinjauan industri tahunan oleh Airline Economics itu mengiktiraf dan meraikan pemimpin industri yang paling cemerlang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan