27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Terjerat ‘Love Scam’, warga emas hilang RM62,000

Mesti Baca

GARA-GARA terjerat dengan taktik penipuan Love Scam di laman sosial, seorang pesara wanita kerugian RM62,000.

Ketua Polis Daerah Limbang, Sarawak, Superintendan Parum Niot, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 60 tahun itu kelmarin.

“Mangsa berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi TikTok dan seterusnya berhubung menerusi WhatsApp sejak September lalu.

“Lelaki terbabit dikatakan bekerja di sebuah syarikat di Sarawak dan mula meminta wang daripada mangsa dengan alasan untuk kegunaan rawatan ibunya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Katanya, suspek berjanji akan membayar semula wang terbabit.

“Mangsa yang mempercayainya meminjamkan RM62,000 kepada lelaki itu yang dipindahkan menerusi sembilan transaksi ke dalam lima akaun bank berbeza.

“Sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak menerima kembali wang yang dipinjamkan kepada lelaki itu sebelum menyedari menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan