27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

Sistem iSPKP berkuat kuasa sepenuhnya Jumaat ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SISTEM Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal digunakan sepenuhnya bermula 24 November bagi menggantikan sistem manual sedia ada.

APAD menerusi kenyataan berkata, iSPKP merupakan sistem pelesenan dalam talian yang merangkumi permohonan baharu, membaharui, ubahsyarat, membatal serta mencetak permit.

“Kami ingin memaklumkan kepada semua pemain industri dan pelanggan kami, tiada lagi urusan secara manual di kaunter selepas 23 November.

“Semua pemain industri dan pelanggan diminta untuk membuat pendaftaran secara dalam talian terlebih dahulu untuk membolehkan semua urusan seperti di atas dapat diakses dengan mudah.

“Pendigitalan perkhidmatan ini dilihat dapat mempercepatkan urusan serta mengurangkan keperluan rakyat untuk berurusan ke kaunter,” katanya hari ini.

APAD melalui program kesedaran Sistem iSPKP sejak tiga bulan yang lalu telah banyak melaksanakan program turun padang untuk mendekati golongan sasar serta pemain industri.

Ini bagi memastikan golongan tersebut mendapat pendedahan sewajarnya berkaitan Sistem iSPKP di mana pengujian pilot sistem itu juga telah dilaksanakan sejak Julai lalu.

APAD berkatam, semua permohonan pelesenan akan menggunakan Sistem iSPKP secara dalam talian sepenuhnya.

“Permohonan ini boleh dicapai melalui pautan https://iportal.ispkp.gov.my/ atau laman web rasmi APAD https://www.apad.gov.my/,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Pasangan warga asing diberkas jadi ejen permit kerja haram

WARGA asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah...

Lagi Artikel Berkaitan