32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Sikap terlalu yakin, angkuh hampir makan diri – Pan Gon

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SIKAP terlalu yakin dan angkuh yang ditunjukan pemain Harimau Malaya di separuh masa pertama terutama selepas mendahului satu gol ketika menentang Kyrgyztan hampir memakan diri.

Untuk itu, ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, anak buahnya perlu memastikan situasi itu dijadikan pengajaran dan sentiasa kekal fokus tanpa memandang rendah kemampuan lawan.

“Saya suka keyakinan diri tetapi tidak sepatutnya berlebihan atau angkuh, kita mesti menghormati pasukan ranking ke-97, jadi bagi saya ia satu pengajaran yang baik bagi kita.

“Jika kita rendah diri dan menghormati (lawan), saya fikir kita mempunyai kemampuan yang baik atau sebaliknya tidak layak ke pusingan seterusnya.

“Bagaimanapun, saya rasa pada separuh masa kedua pemain menunjukkan semangat juang, tidak pernah menyerah diri dalam apa jua situasi, belajar daripada kesilapan dan terus maju. Saya sangat bangga dengan mereka,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan pembukaan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/2027 Piala Asia menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Dalam aksi di gelanggang keramat Harimau Malaya, Malaysia berjaya mendahului seawal minit ketujuh menerusi Dion Cools namun bolos dua gol dalam tempoh tiga minit terakhir di separuh masa pertama.

Pelawat terus unggul meledak gol ketiga pada minit ke-57 sekali gus menghukum kerapuhan benteng pertahanan negara.

Bagaimanapun, skuad negara bangkit meledak tiga gol masing-masing melalui jaringan sendiri oleh Khristiian Brauzman, Cools dan jaringan Faisal Abdul Halim pada waktu kecederaan untuk memastikan Malaysia menang 4-3.

Malaysia akan meneruskan aksi kedua peringkat kumpulan menentang Taiwan di Stadium Perbandaran Taiwan pada Selasa depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan