27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Malaysia-Vietnam tangani penangkapan ikan secara haram

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan negara ini.

Perkara tersebut merupakan antara yang dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pertemuan dua hala dengan Presiden Vietnam, Vo Van Thuong di di sela-sela Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Moscone Centre, San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

“Kami juga membincangkan isu Laut China Selatan dan bersetuju mematuhi sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta menggesa agar perbincangan Kod Tatalaku di Laut China Selatan dapat segera dimuktamadkan.

“Turut dibincangkan adalah terkait kaedah untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama antara Malaysia dan Vietnam meliputi pelbagai bidang,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Duta Besar Malaysia di AS, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Vietnam juga meminta Malaysia memudahkan kemasukan produk halal dari negara itu dan menjalin kerjasama dalam pensijilan halal.

“Diakhir pertemuan, saya sekali lagi mengulangi jemputan kepada Presiden Vietnam untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan