25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PM temu ahli perniagaan, pakar teknologi Islam di San Francisco

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sempat mengadakan pertemuan bersama beberapa ahli perniagaan dan pakar teknologi Islam yang berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Antara yang beliau temui adalah Pengarah Pemasaran Komersial SpaceX, Omar Kunbargi; Ketua Pegawai Eksekutif Rembrand, Omar Tawakol dan Ketua Pegawai Eksekutif Ornovi, Fauad Hasan.

Selain itu, Anwar turut berjumpa bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Z2Data, Mohammad Ahmad; Presiden Whizz System, Muhammad Irfan dan Ketua Perhubungan Z2Data, Osama Ahmad.

“Kami bicara keperluan untuk memberikan lebih perhatian terkait bidang kecerdasan buatan (AI) ketika ini selain menyentuh soal pendidikan dan aeroangkasa yang sama penting.

Advertisements

“Mereka juga menyatakan minat untuk melabur di Malaysia selepas mendapat penjelasan yang jelas mengenai hala tuju negara,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi hantaran Facebook hari ini.

Perdana Menteri kini berada di San Francesco bagi menghadiri Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

Sementara itu, Anwar berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan soal pembangunan umat Islam di AS serta situasi yang menimpa warga Palestin.

“Mereka turut menyatakan dukungan dan penghargaan atas pendirian keras dan istiqomah Malaysia mengenai penderitaan warga Palestin,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan