25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Tujuh bangunan diiktiraf cekap tenaga berstatus lima bintang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK tujuh bangunan agensi kerajaan dan syarikat swasta telah diiktiraf cekap tenaga berstatus lima bintang bagi tahun lalu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pencapaian itu diharap dapat meningkatkan kesedaran dan menimbulkan minat pemilik bangunan di negara ini untuk mendapatkan penarafan Building Energy Intensity (BEI).

“Sasaran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bagi inisiatif ini adalah sebanyak 300 bangunan pejabat dilabel dari 2018 hingga 2023.

“Bagi 2023 hingga 2028, NRECC menyasarkan 600 bangunan termasuk pejabat, hospital dan universiti dilabel. Manakala lebih 1,000 bangunan pejabat, hospital, universiti dan sekolah disasarkan akan dilabel pada 2028 dan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Label Intensiti Tenaga Bangunan BEI, hari ini.

Penarafan label lima bintang BEI diberikan kepada pemilik bangunan yang telah berjaya mendapat indeks di bawah skala 100 (kategori penggunaan sangat cekap) berbanding 222 buah bangunan yang telah dilabelkan pada 2022.

Advertisements

Antara bangunan-bangunan tersebut adalah Suruhanjaya Tenaga, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Pelabuhan Johor, Ambank Tropicana, Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kuala Lumpur, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Kompleks F, Putrajaya).

Untuk rekod, sebanyak 441 bangunan Kerajaan Persekutuan serta agensi, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan telah dilabel setakat September lalu.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, inisiatif tersebut menyokong pelaksanaan pengurangan penggunaan tenaga elektrik bagi sektor bangunan di negara ini.

“Menurut data National Energy Balance 2020, sektor bangunan merangkumi hampir 26.6 peratus penggunaan tenaga elektrik bersamaan dengan pelepasan CO2 sebanyak 31.6 MtCO2, penggunaan kedua tertinggi selepas sektor industri iaitu pada 48.9 peratus.

“Penjimatan penggunaan tenaga elektrik sektor ini akan menyumbang secara langsung kepada pencapaian aspirasi pelepasan gas rumah kaca sifar bersih seawal 2050,” tambah beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan