31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Datuk L Manickam keluar MIC

Mesti Baca

PENGERUSI MIC Negeri Sembilan, Datuk L Manickam mengumumkan melepaskan jawatannya itu sekali gus keluar parti berkuat kuasa, semalam.

Manickam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang selama dua penggal bermula 2013 turut memegang jawatan Ketua MIC Jempol.

Perkara itu dimaklumkan Manickam dalam Facebook dan menjelaskan pucuk pimpinan MIC kebangsaan mengetahui punca beliau berbuat demikian.

Manickam secara terbuka turut berkongsi sebab utamanya meletakkan jawatan dan keluar parti termasuk berkaitan keputusan MIC untuk tidak bertanding di DUN Jeram Padang.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung MIC yang meminta pihaknya mengadakan mesyuarat perwakilan sekali lagi atas sebab tidak cukup kehadiran.

“Saya mohon maaf atas keputusan yang terpaksa saya ambil ini. Saya memang berasa berat hati untuk meninggalkan MIC yang telah menjadi rumah kedua saya sejak 45 tahun lalu,” katanya.

Advertisements

Manickam turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran atas sokongannya selama ini.

“Saya menghargai bantuan dan pertolongan yang diberi oleh beberapa bekas presiden MIC antaranya mendiang Tun Samy Vellu kerana tanpa bantuan mendiang, tidak mungkin saya menjadi ketua cawangan MIC.

“Tidak lupa juga kepada Datuk Seri G Palanivel dan Datuk Seri S Subramaniam dan kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Manickam menyertai MIC melalui cawangan Jenjarom, Kuala Langat, Selangor, pada tahun 1979.

Selain itu, beliau pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan dari tahun 2013 hingga 2018. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan