28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Balai Polis Pelancong Matic beroperasi semula

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BALAI Polis Pelancong yang terletak di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur kini telah beroperasi semula sepenuhnya bermula pada 2 Oktober lalu.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menerusi kenyataan berkata, waktu operasi Balai Polis Pelancong berkenaan adalah pada setiap hari, bermula pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam.

“Secara umumnya, pegawai-pegawai Polis Pelancong boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Advertisements

“Agensi-agensi pelancongan dan pengembaraan, pemandu-pemandu pelancong, pengusaha-pengusaha premis penginapan pelancong serta orang awam boleh menasihat pelancong yang perlu membuat aduan atau laporan dengan pihak PDRM untuk berurusan di Balai Polis Pelancong di MaTiC,” katanya hari ini.

Balai Polis Pelancong juga boleh dihubungi di talian 03-9235 4999 atau 03-9235 4998.

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan