31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Anwar menghadap Presiden UAE, bincang hubungan dua hala

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menghadap Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di Istana Qasr Al Shati’, semalam.

Anwar menerusi catatan di Facebook berkata, pertemuan itu merupakan ruang lingkup bagi bertukar pandangan serta idea berkaitan isu glokal yang terkait selain perbincangan mengukuhkan kerjasama dan hubungan sedia ada.

Katanya, ia khasnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan dan lain-lain yang memenuhi visi kedua-dua negara.

“Dalam usaha meluaskan lagi hubungan sedia ada, Malaysia-UAE akan menjalinkan kerjasama melalui perjanjian persefahaman (MoU) pelaburan antara MIDA dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC).

“Malah, kedua-dua negara juga meluluk ruang lingkup kerjasama berkaitan tenaga boleh diperbaharui antara MIDA dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-MASDAR.

Advertisements
Anwar Ibrahim menghadap Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan (kanan) di Istana Qasr Al Shati’, semalam. – Edisi9/Anwar Ibrahim

“MOU ini bertujuan untuk membangunkan secara bersama kapasiti sebanyak 10 gigawatt bernilai RM37.8 bilion dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia menjelang 2025,” katanya.

Turut hadir Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perdana Menteri berkata, kesepaduan kerjasama Malaysia-UAE berkaitan perdagangan dan pelaburan turut diharmonikan dengan pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja sebagai Pengerusi Malaysia-UAE Business Council (MUBC) manakala Naib Presiden Kanan Mubadala Energy, Rashid Alblooshi mewakili UAE.

“Insya-Allah, Malaysia dan UAE akan terus meneroka bentuk kerjasama dan hubungan yang lebih erat bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara,” tulisnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan