26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Fanpekka, Kidzooona tawar alat mainan pendidikan STEM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AEON Fantasy Malaysia kini menawarkan alat permainan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sudut edutainment, Toy Master yang terletak di Fanpekka dan Kidzooona.

Pengarah Urusannya, Narimoto Yamazaki berkata, pihaknya memilih Artec Logic Puzzles bagi pendidikan STEM kerana menggunakan pendekatan progresif untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran mereka.

Sleain itu katanya, ia sesuai untuk kanak-kanak peringkat umur dari tadika hingga darjah tiga.

“Kami memberi tumpuan kepada keupayaan kanak-kanak semasa mereka boleh belajar melalui bermain. 

Advertisements

“Sudut Toy Master kami meningkatkan kemahiran pembangunan pembelajaran kanak-kanak terutamanya pada kemahiran kognitif dan produk Artec Logic Puzzles sejajar dengan strategi kami,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Toy Master adalah sudut edutainment baharu yang pertama kali dibuka di negara ini tahun lepas oleh AEON Fantasy Malaysia.

Yamazaki berkata, Artec Logic Puzzles sudah mula ditawarkan di tiga fasiliti Kidzooona di Kota Bharu,  Alor Setar dan Shah Alam.

“AEON Fantasy Malaysia merancang untuk membuka lebih banyak sudut Toy Master di seluruh Malaysia menjelang 2024 dan menggabungkan Artec Logic Puzzles sebagai sebahagian daripada produk yang ditawarkan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan