33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PM zahir kebimbangan Malaysia terhadap rasisme bentuk baharu

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan Malaysia berhubung rasisme bentuk baharu yang melanda dunia pada masa kini.

Berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78 di New York, Amerika Syarikat semalam, Perdana Menteri berkata antara ciri perkauman bentuk tersebut ialah xenofobia, pemprofilan negatif dan stereotaip umat Islam.

Beliau berkata, perbuatan membakar al-Quran yang berlaku di beberapa negara juga adalah tindakan Islamofobia yang jelas bertujuan untuk mencetuskan kebencian.

Di hadapan para pemimpin dunia itu, Anwar menterjemah ketegasan negara dan rakyat Malaysia berkait realiti cabaran dunia masa kini atau the world’s burning issues serta perlunya langkah pembaharuan.

“Mahu tidak mahu, semua negara tidak kira sama ada kuasa-kuasa besar atau kumpulan negara membangun harus menelan hakikat tentang peranan mencorak dunia yang lebih baik untuk hari esok.

Inilah kali pertama Anwar Ibrahim berucap di PBB sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 akhir tahun lalu. – Foto PMO

“‘Roh’ muafakat dan kerjasama multilateralisme harus terus diperkasa ketika arena ekonomi politik dunia sedang berdepan polarisasi yang kian menebal,” katanya.

Inilah kali pertama Anwar menyampaikan Amanat Negara di pentas PBB sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada Disember tahun lalu.

Beliau tampil dengan berbaju Melayu lengkap dengan bersamping dan songkok dan membuka ucapannya dalam bahasa Melayu sebelum meneruskannya dalam bahasa Inggeris.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengusulkan konsep Malaysia Madani untuk diguna pakai masyarakat antarabangsa dalam mendepani dilema ‘defisit demokrasi’ yang sedang melanda dunia.

Advertisements

Dalam isu Palestin, Anwar menggesa komuniti antarabangsa menghentikan hipokrasi sebaliknya terus melaungkan suara yang kuat sebagai manifestasi menentang kekejaman berterusan terhadap rakyat Palestin.

“Menyentuh isu Rusia-Ukraine, saya menyeru usaha bersepadu pelbagai hala diketuai PBB untuk selesaikan konflik ini,” kata beliau.

Malaysia juga kata Perdana Menteri, komited untuk meneruskan hubungan rakyat yang sedia ada dengan Afghanistan termasuk menerusi bantuan kemanusiaan.

“Pada masa yang sama, saya menyeru agar hak wanita dan kanak-kanak serta akses terhadap pendidikan di Afghanistan terus dipelihara,” kata Anwar.

Berkait isu Myanmar, Malaysia menyeru Myanmar segera laksana Konsensus Lima Perkara ASEAN bagi mencapai keamanan dan kestabilan di negara tersebut.

Terkait krisis Iklim, Malaysia meminta negara maju penuhi komitmen gerakkan US$100 bilion setahun bagi bantu negara membangun tangani perubahan iklim.

“Saya juga menyentuh soal ekonomi global yang diunjur terus dibelenggu ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi dan keadaan kewangan yang mencabar.

“Pembaharuan drastik, sistemik serta penjajaran semula seluruh institusi global penting dalam tangani jurang besar antara pertumbuhan ekonomi dan pendapatan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan