27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Lelaki Pakistan dalang seludup PATI, sasar wanita jadikan isteri ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didalangi lelaki warga Pakistan menerusi Ops Gelombang IV pada 11 Sept lalu di beberapa lokasi di Kelantan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, Op Gelombang IV yang bermula jam 9 pagi itu, berjaya menahan lapan warga Pakistan berusia 30 hingga 50 tahun.

Menurutnya, serbuan pertama di Pasir Mas berjaya menahan tiga lelaki Pakistan terdiri daripada transporter dan PATI.

“Serbuan kedua di sebuah kediaman di Pasir Tumboh, Kota Bharu yang disyaki dijadikan tempat transit PATI berjaya menahan seramai lima lelaki Pakistan termasuk dalang utama sindiket ini.

“Pasukan operasi turut merampas wang tunai RM2,000, lapan pasport Pakistan yang tidak mempunyai cap masuk ke Malaysia, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kenderaan sedan yang dipercayai digunakan untuk tujuan penyeludupan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalang utama sindiket berusia lingkungan 50-an ini ialah pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang dan juga suami kepada wanita tempatan.

Katanya, transporter juga pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku.

Advertisements

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak Mei 2022 dan siasatan awal mendapati pihak sindiket menguruskan penyeludupan PATI berasal dari Pakistan yang cuba merebut peluang pekerjaan secara haram serta menyasarkan wanita warga tempatan untuk dijadikan isteri di negara ini,” ujarnya.

Tambah Ruslin, modus operandi sindiket yang bergerak aktif membawa masuk rakan senegara ialah menyeludup PATI dari Pakistan dengan menaiki pesawat dan mendarat di Thailand.

“Kemudian PATI ini akan dibawa melalui pangkalan haram melintasi sempadan Malaysia-Thailand.

“Dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap PATI untuk masuk ke Malaysia sebelum dibawa ke destinasi tertentu di luar Kelantan seperti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru,” katanya.

Tegasnya, dalang dan transporter disiasat bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala enam orang PATI disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

Operasi berkenaan telah dijalankan sepasukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Kelantan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan