30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Jelajah Jualan Rahmah Melaka sasar 40,000 pengunjung

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Jelajah Jualan Rahmah yang dianjurkan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka hari ini mensasarkan kehadiran sekurang-kurangnya 40,000 pengunjung.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, program impak berskala besar itu bukan sahaja mensasarkan golongan B40, malahan semua lapisan masyarakat.

Katanya, ini kerana ia adalah platform untuk rakyat Melaka dan sekitarnya mendapatkan bekalan barang-barang keperluan harian.

“Seramai 34 pemain industri sektor peruncitan dan sembilan agensi kerajaan terlibat menjayakan Program Jelajah Jualan Rahmah Negeri Melaka bagi 2023.

“Sehingga semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka telah melaksanakan Program Jualan Rahmah di 111 lokasi di seluruh enam parlimen dan 28 Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas merasmikan Program Jelajah Jualan Rahmah Peringkat Negeri Melaka bagi 2023.

Program Jualan Rahmah itu menawarkan sehingga 25 barang keperluan harian terdiri daripada barangan kering dan basah yang ditawarkan dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran tempatan.

Antara barang keperluan yang ditawarkan ialah ayam bulat berharga (RM6.30 sekilogram), minyak masak botol lima kg (RM23), telur gred C (RM9 sepapan), tepung (RM2 sepaket); beras super import 5kg (RM13); daging segar (RM32 sekilogram), susu pekat (RM2) dan banyak lagi.

Fuziah berkata, pecahan mengikut model iaitu di dalam premis sebanyak 82 lokasi, di luar premis sebanyak tiga lokasi dan secara bergerak sebanyak 26 lokasi dengan bilangan pengunjung melebihi 258 ribu orang di Melaka.

“Manakala penganjuran PJR di seluruh Negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi 3.4 juta orang

Advertisements

Terkini

Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo

SEORANG pramugari Malaysia Airlines (MAS) meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun semalam. MAS dalam satu kenyataan bagi mengesahkan perkara...

Lagi Artikel Berkaitan