25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

PM harap industri muzik Malaysia, Indonesia terus subur

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim benih industri muzik Malaysia dan Indonesia terus subur dan mekar.

Menurut Perdana Menteri, ini bagi menjiwai rumpun kebersamaan serta keharmonian sejagat.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani di pejabatnya hari ini.

Advertisements

“Moga benih industri muzik Malaysia dan Indonesia terus subur dan mekar dalam menjiwai rumpun kebersamaan serta keharmonian sejagat. Teruskan berkarya,” kata beliau menerusi Facebooknya.

Ahmad Dhani yang juga pengasas kumpulan Dewa 19 itu baharu selesai mengadakan konsert A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia Dewa 19 di Axiata Arena, Bukit Jalil di ibu negara malam tadi.

Sebelum ini, Ahmad Dhani telah bertemu Anwar ketika kunjungan Perdana Menteri ke Jakarta bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan