34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KKM siap siaga berhubung kemungkinan wujud virus X

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) dalam kesiapsiagaan tinggi menghadapi segala kemungkinan, berhubung kewujudan penyakit X di negara ini.

Timbalan Menteri, Lukanisman Awang Sauni berkata, persediaan itu antaranya, berpandukan pengalaman menangani situasi pandemik COVID-19.

“Ia termasuk beberapa penyakit lain seperti virus nipah, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) sebelum ini.

“Bagaimanapun, penyakit berkenaan belum lagi dikenal pasti kewujudannya,” katanya ketika ditemui selepas program Lotus’s Ceria Charity Run di Setia Alam bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangannya di dalam dan luar negara, serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya berharap rakyat tidak bimbang dan maklumat mengenai sebarang penyebaran penyakit atau virus akan terus diuar-uarkan kepada umum,”katanya.

Sementara itu, Lukanisman berkata, kempen Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang dilaksanakan pada September setiap tahun itu, merupakan antara inisiatif KKM mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat.

Beliau berkata, penganjuran kempen itu juga bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakan strategik khususnya melibatkan pihak swasta dan ia seiring dengan salah satu strategi dalam Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Parlimen Jun lalu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan