26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Isu beras reda beberapa minggu lagi – Mat Sabu

Mesti Baca

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin isu beras akan kembali reda dalam masa beberapa minggu lagi.

Beliau berkata, ini susulan pelbagai usaha yang sedang dirancang dan dilaksanakan pada masa kini bagi menyelesaikan isu tersebut.

Menurut beliau, antara langkah yang dicadangkan ialah memberikan subsidi kepada beras import dalam tempoh yang munasabah.

Ini katanya, bagi memastikan jurang harga beras import dan beras tempatan dapat dikurangkan.

“Selain itu saya juga meminta agar Kementerian Kewangan dapat mengkaji semula penggunaan beras tempatan dalam tender-tender kerajaan,” katanya hari ini.

Sebelum itu beliau mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood berhubung isu beras yang kini hangat diperkatakan.

Mohamad berkata, pihaknya juga turut membincangkan tentang rancangan jangka panjang bagi memastikan industri padi dan beras negara terus berkembang dan berdaya tahan di masa hadapan.

Advertisements

“Saya yakin dengan pelbagai usaha yang sedang dijalankan ini, isu beras akan kembali reda dalam masa beberapa minggu lagi,” katanya.

Beliau sekali lagi mengingatkan kepada semua pengguna supaya membeli beras mengikut keperluan dan tidak melakukan pembelian panik.

Ini kerana, beliau yakin isu tersebut akan dapat ditangani dengan sebaiknya demi kepentingan rakyat dan negara.

Awal bulan ini, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) mengumumkan kenaikan harga beras putih import sebanyak 36 peratus iaitu daripada RM2,350 kepada RM3,200 satu tan metrik.

Harga baharu itu meningkat sebanyak RM850 satu tan metrik atau 85 sen sekilogram.

Menurutnya, pelarasan itu adalah selari dengan harga global semasa bagi ruji makanan.

Pada masa yang sama, beras putih tempatan pula mengalami kekurangan dan habis di pasaran. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan