27.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Agong dukacita tidak sempat santuni rakyat di beberapa lokasi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak seperti yang dirancang.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd. Ariffin berkata, di Sabah, rombongan Kembara Kenali Borneo tidak dapat singgah di Menara Kayangan, Lahad Datu yang dijadualkan pada 4 September dan Tagal, Sungai Moroli, Ranau (5 September).

Manakala di Sarawak katanya, rombongan tidak dapat mengunjungi Tokong Yu Lung Sian En Si, Sibu dan Masjid Bandar Sri Aman pada 11 September dan Fort Alice di Sri Aman, keesokan harinya.

“Baginda dan Raja Permaisuri Agong berdua serta rombongan tidak berkesempatan singgah di lokasi-lokasi tersebut atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan bukanlah disengajakan.

“Seri Paduka berdua dalam menyantuni ribuan rakyat yang menunggu sepanjang jalan, juga mengejar masa untuk berangkat tiba di majlis-majlis santapan malam bersama rakyat.

Advertisements

“Ini kerana ia melibatkan kehadiran ratusan atau ribuan hadirin pada waktu yang telah ditetapkan di hari-hari berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zahari dalam pada itu berkata, baginda berdua amat prihatin terhadap keterujaan dan semangat kasih rakyat yang setia menunggu ketibaan rombongan untuk bertemu, bersalaman dan bergambar dengan Seri Paduka berdua di lokasi-lokasi tersebut.

“Baginda bertitah, sekiranya keadaan mengizinkan, baginda berhasrat berangkat menyantuni rakyat di lokasi-lokasi tersebut di masa hadapan.

“Selanjutnya, sekiranya keadaan tidak mengizinkan, bermungkinan paduka-paduka anakanda akan mewakili baginda berdua,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan