25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

25 motosikal parkir merata ‘diangkut’ DBKL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DISEBABKAN parkir di tempat tidak dibenarkan, sebanyak 25 motosikal telah ‘diangkut’ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tindakan penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar ibu kota.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, ada antara motosikal berkenaan diletakkan di siar kaki dan laluan orang kurang upaya (OKU) selain tidak mengendahkan papan tanda larangan parkir motosikal.

“Penguatkuasaan tersebut dijalankan di lokasi tumpuan termasuk Jalan P Ramlee, Persiaran KLCC dan Jalan Ampang pada Khamis.

“Dalam operasi sama, sebanyak 35 notis kompaun turut dikeluarkan ke atas kenderaan yang didapati melanggar isyarat lalu lintas.

“Penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Sebahagian motosikal diangkut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi yang dijalankan.

Sehubungan dengan itu, DBKL mengingatkan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Pastikan kenderaan (motosikal /kereta) diletakkan di tempat sepatutnya tanpa menghalang dan mengganggu pejalan kaki atau kelancaran lalu lintas,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan