32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Agong, Raja Permaisuri teruskan perjalanan ke Sibu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mengetuai Kembara Kenali Borneo, meneruskan perjalanan ke daerah Sibu yang melibatkan perjalanan kira-kira 213 kilometer (km), hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat dalam kembara berkenaan yang memasuki hari kesembilan itu.

Pada hari ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan berangkat ke dua lokasi persinggahan di daerah Bintulu antaranya mengadakan kunjungan di Rumah Panjang Raymond Plen, Ulu Sebauh.

Rumah panjang yang terletak 44 km dari sini, menganjurkan beberapa acara sambutan meraikan keberangkatan tiba Seri Paduka berdua antaranya program memasak dan santapan tengah hari bersama komuniti, memancing serta pengurniaan bantuan kepada golongan asnaf.

Usai berangkat ke rumah panjang berkenaan hingga 12.30 tengah hari, Seri Paduka berdua dijadualkan berkenan menunaikan solat di Masjid Darul Ibadah, Tatau, sebelum meneruskan perjalanan ke Sibu.

Advertisements

Dalam perjalanan itu, pasangan diraja berkenaan turut dijadualkan mengadakan persinggahan di luar Tokong Yu Lung San Tian En Si, sebuah tokong Cina terkenal yang terletak di pinggir bandar Sibu sebelum menuju ke hotel penginapan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga dijadualkan berkenan bersantapan bersama rakyat di Dewan MUC, Kampung Bandung, Sibu, malam ini.

Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah anakanda Seri Paduka berdua iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Kembara Kenali Borneo untuk merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak, mengakhiri pengembaraan di Sabah, pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak melalui Brunei.

Penjelajahan sejak 3 hingga 13 Sept itu, bermula dari Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano di selatan Sarawak, melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan