25 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Kesatuan kecam pengurusan KWSP zalim, guna lencana

Mesti Baca

KESATUANĀ Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan bantahan sejak kelmarinĀ terhadap pengurusan pemegang amanah simpanan persaraan itu.

Kesatuan itu mewakili kakitangan KWSP semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

Presidennya, Ahmad Hamzah berkata keputusan untuk mengadakan bantahan dibuat selepas usaha untuk berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi KWSP menemui jalan buntu.

“Kami mengambil keputusan untuk melakukan bantahan dengan memakai lencana ‘pengurusan KWSP zalim’ mulai 10 hingga 16 Ogos ini.

“Ia adalah sebagai tanda kekecewaan kami terhadap pihak pengurusan selepas mengadakan beberapa siri perjumpaan bagi mengemukakan tuntutan untuk kepentingan ahli kesatuan.

“Antara tuntutan kami suarakan sejak sekian lama adalah semakan semula kadar gaji memandang berlaku kesenjangan pendapatan yang amat besar antara pengurusan dan pekerja bawahan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ahmad turut menyenaraikan cadangan yang dikemukakan oleh kesatuan itu antaranya adalah penyeragaman terma dan syarat perkhidmatan, faedah persaraan, elaun wilayah, bonus selepas jualan (cross selling bonus) dan bantahan penubuhan jawatankuasa tatatertib pengurusan.

Katanya, pengurusan juga belum mengisi jawatan pengarah wilayah Sabah selain tidak mengambil perhatian terhadap permohonan penambahan geran tahunan untuk kesatuan.

Advertisements

“Kesatuan sudah menghantar cadangan ini kepada pengurusan tetapi malangnya tidak ada cadangan balas (diterima) daripada mereka.

“Keengganan mereka berbincang dan memberikan cadangan balas ini mengakibatkan wujudnya perbezaan kepentingan.

“Sebagai wakil kesatuan, amatlah wajar kesatuan mengambil tindakan ke atas pengurusan KWSP yang tidak memberi perhatian dan tidak berminat menyelesaikan perkara ini secara harmoni,” katanya.

Bagaimanapun, dia memberi jaminan semua kakitangan KWSP yang juga ahli kesatuan itu akan tetap memberikan perkhidmatan seperti biasa kepada pencarum yang datang berurusan di kaunter KWSP seluruh negara.

Menurutnya, tindakan mengadakan bantahan itu adalah bagi menghantar mesej kepada pengurusan KWSP supaya lebih peka dengan kebajikan kakitangan mereka, terutamanya pekerja bawahan.

“Kesatuan juga merayu kepada Perdana Menteri untuk masuk campur bagi meleraikan kemelut yang sedang melanda.

“KWSP perlu memberi maklum balas dan tidak boleh membiarkan ahli kesatuan tidak berpuas hati.

“Kami yakin perdana menteri akan menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian masalah ini,” katanyaĀ lagi.Ā – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan