31 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Sekumpulan pelajar buat bising disaman polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKUMPULAN pelajar disaman polis menerusi Op Didik Khas selepas didapati membuat bising dan melanggar undang-undang dengan tidak memakai topi keledar di Arena Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung sekumpulan pelajar yang berkumpul dan mengganggu ketenteraman awam.

“Susulan itu, pada 11.35 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuaaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menjalankan operasi berkenaan.

“Polis melakukan pemeriksaan terhadap sekumpulan pelajar sedang berkumpul serta menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurutnya, hasil pemeriksaan, 12 motosikal dibawa ke IPD Sepang atas pelbagai kesalahan dan sebanyak 21 saman dikeluarkan.

“Polis turut bertemu dengan ibu bapa dan penjaga pesalah lalu lintas berkenaan dan mengambil keterangan.

“Kita menasihati ibu bapa pelajar supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

JDT pernah diserang, tapi tetap ke gelanggang lawan – Alistair

SELANGOR FC (SFC) perlu mencontohi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tetap turun ke gelanggang lawan walaupun pernah diserang dalam...

Lagi Artikel Berkaitan