26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Dituduh bakar bendera Pas, Pemuda UMNO Kijal lapor polis

Mesti Baca

PEMUDA UMNO DUN Kijal hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial selepas menuduh UMNO membakar bendera parti itu, kelmarin.

Laporan dibuat Ketua Urusetia Pemuda UMNO DUN Kijal, Mohd Hafiz Rajik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.

Menurut Hafiz, tuduhan itu dibuat pemilik akaun Facebook, Mohamad Texsas yang dipercayai seorang penyokong Pas.

Menerusi satu hantaran dalam Facebook, pemilik akaun tersebut berkata:

“Panji-panji kami dibakar malam ini. Sebanyak 40 batang bendera Pas dibakar di Kijal malam ini dalam keadaan Pemuda-pemuda Pas DUN bersedia untuk memasang menjelang PRU15 Negeri Terengganu tidak lama lagi.

“Memandangkan esok (semalam) 1 Julai 2023, Timbalan Perdana Menteri akan hadir di Kijal bagi program parti UMNO-BN, tindakan sebegini jelas menunjukkan bahawa UMNO-BN gerun dengan gelombang tsunami hijau anak muda di Terengganu amnya dan Kijal khususnya.

Advertisements

“Berlawanlah dengan harmoni. Jangan tonjolkan sikap negatif dan vandalisme sebegini. Membakar bendera Pas sangat sensitif bagi kami. Kerana kami anak muda benteng utama parti ini..,” kata hantaran itu yang turut memetik nama Ketua Pemuda Pas DUN Kijal, Muhamad Haiqal Safie.

Hafiz berkata, kenyataan tersebut memberi gambaran bahawa Pemuda UMNO dan para petugas partinya telah membakar bendera tersebut yang sekali gus memberi persepsi bahawa merekalah yang melakukan perkara tersebut.

“Ini merupakan satu fitnah jahat yang akan menjatuhkan maruah Pemuda dan petugas-petugas UMNO-BN,” katanya.

Katanya, berdasarkan semakan hari ini, hantaran tersebut telah dipadamkan namun pihaknya berjaya membuat tangkap layar sebagai bukti.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook tersebut mengikut Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan