27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

eBeliaRahmah : Akmal ‘sekolahkan’ Syed Saddiq

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar meminta kerajaan memberikan penjelasan mengenai pemberian bantuan tersebut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ‘sekolahkan’ Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas membangkitkan pemberian bantuan eBeliaRahmah berjumlah RM200.

Ini susulan Syed Saddiq dilaporkan mempersoal layanan berbeza dan kekeliruan syarat mengenai pemberian bantuan tersebut dengan memberi perbezaan antara pelajar di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Untuk makluman sahabat saya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, elaun MARA itu dalam bentuk pinjaman boleh ubah maksudnya pelajar masih perlu membayar semula duit yang dapat setiap bulan

“Sementara, elaun IPG itu adalah bantuan yang dapat setiap bulan dan tidak perlu dibayar semula. Jadi kena terangkan dua situasi berbeza itu.

“Kena berlaku adil juga pada adik-adik mahasiswa yang tidak dapat elaun bulanan seperti IPG,”katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan meminta kerajaan memberi penjelasan terperinci mengenai kelayakan untuk memohon bantuan berkenaan bagi membolehkan rakyat khususnya belia memahami syarat yang disifatkan tidak adil itu.

Ini kerana katanya, pelajar di bawah tajaan MARA yang menerima elaun bulanan RM650-RM950 layak menerima bantuan tersebut, sebaliknya pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan kadar elaun bulan RM450 pula tidak layak menerimanya.

Advertisements

“Syarat kelayakan jelas kata semua belia berumur 18-20 tahun dan pelajar sepenuh masa di Institusi dibawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan kementerian lain. Bila pelajar persoalkan mengapa ada antara mereka tak dapat, semua marah.

“Kata mereka dah dapat elaun lah, dijanjikan pekerjaanlah. Walhal, mereka ni ada yang datang dari keluarga susah. Ramai yang dari keluarga senang pun dapat,”katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Program eBeliaRahmah ialah inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2023 bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, selain meringankan beban kewangan golongan berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar insititusi pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.

RM200 yang dikreditkan kepada akaun e-dompet kira-kira dua juta penerima bermula 26 Jun lalu melalui program itu untuk digunakan bagi pembelian fizikal di premis perniagaan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat, iaitu Boost, Setel dan Touch n Go eWallet.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menegaskan, kerajaan sewajarnya memberikan penjelasan yang lebih terperinci supaya tidak ada pihak kecewa dengan syarat kelayakan mengelirukan itu.

“Kalau daripada awal tak boleh mohon, sepatutnya beritahu sejelas-jelasnya dalam syarat kelayakan. Jangan beri harapan palsu pada pelajar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan