27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tular video bergaduh, dua remaja perempuan berdamai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DUA remaja perempuan yang terbabit dalam satu pergaduhan di Bagan Serai pada Jumaat lalu telah berdamai dan menyelesaikan perkara itu secara baik.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kerian, Juna Yusoff berkata, pihaknya terkesan video kejadian berdurasi 48 saat di Facebook itu semalam membabitkan remaja perempuan berumur 12 hingga 17 tahun.

Ujar beliau, kesemua remaja yang terlibat telah hadir ke IPD Kerian pada pukul 6 petang semalam bersama ahli keluarga untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua remaja terlibat dengan pergaduhan telah pun berdamai secara baik.

“Kedua-dua remaja terbabit tidak mahu memanjangkan perkara tersebut dan kedua-dua keluarga turut tidak mahu mengambil sebarang tindakan demi masa depan remaja terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, laporan berhubung tidak mahu memanjangkan kes telah dibuat keluarga mangsa pada pukul 7.21 petang semalam.

Dalam pada itu, kata beliau, kes melibatkan penyebaran video di media sosial telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis menyeru orang ramai agar menghentikan penyebaran video tersebut dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

“Sekiranya terdapat penyebaran maklumat palsu di media sosial, individu terlibat boleh dihukum di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan