31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Polis buru dua suspek curi makanan di Kuching

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menangkap seorang suspek kes pecah rumah di Jalan Stampin Tengah, Kuching Sabtu lalu dan memburu dua lagi rakannya yang masih bebas.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching, Assmon Bajah berkata, ketiga-tiga suspek yang bertopeng muka telah memecah masuk sebuah rumah dan mencuri pelbagai barang makanan di dalam rumah tersebut.

Katanya, hasil daripada maklumat risikan, pada kira-kira pukul 5.20 pagi Ahad lalu, Task Force CAT (Counter Aggressive Team) IPD Kuching telah berjaya menangkap seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kes itu.

“Suspek memiliki empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta positif dadah jenis Methamphetamine saringan air kencing. Polis juga berjaya merampas sembilan jumlah barang yang digunakan sebagai alat untuk pecah rumah. 

Advertisements

“Pihak polis masih lagi berusaha untuk mengesan dua orang suspek yang masih bebas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga empat belas tahun dan denda atau sebatan.

“Ketua Polis IPD Kuching menegaskan kepada masyarakat awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menviralkan sebarang komen di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran. 

“Polis juga mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang di daerah Kuching dengan menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan